Rangkaian Produk

Produk kami adalah hasil adunan KHAZANAH AMALAN PEMAKANAN KESIHATAN ISLAM MENURUT SUNNAH yang disebut di dalam HADITH dan AL-QURAN serta herba-herba terpilih yang kaya dengan khasiat yang bermanfaat kepada seluruh ahli keluarga. Untuk para Muslimin dan Muslimat yang memerlukan produk yang mereka yakini akan kesuciannya, status HALAALAN THOYYIBA dan manfaat kepada kesihatan, anda boleh hubungi kami untuk keterangan lanjut berkenaan produk-produk kami dan kami bersedia membantu anda.

Minuman Kesihatan Terbaik, Bersumberkan Al-Quran, Hadith Nabi  saw. serta pendapat ulama perubatan ISLAM.
Madu sangat banyak khasiatnya, sehingga digelar sebagai minuman dari segala minuman, dan ubat dari segala ubat.
SECRET HONEY GENIEUS mengandungi pelbagai zat mineral, vitamin, asid amino, enzim, protin, antioksidan, penyahtoksin dan pelbagai khasiat semulajadi yang diperlukan oleh tubuh badan manusia  sepanjang hayat. Ia memberi tenaga segera, mempertingkatkan kecerdasan minda dan kecergasan fisikal ke tahap optima.
Kandungan zatnya yang tinggi dan semulajadi dapat membekalkan segala zat pemakanan yang diperlukan oleh sel-sel tubuh seterusnya mempertingkatkan daya tahan tubuh untuk melawan penyakit dan jangkitan.
PEMAKANAN TERATUR MENYUMBANG HASIL  POSITIF
SECRET HONEY GENIEUS amat sesuai untuk semua golongan. Ia sangat digalakkan kepada para pelajar-pelajar untuk membantu mencerdaskan minda juga kepada mereka yang memerlukan khasiat pemakanan yang tinggi seperti ahli sukan, wanita hamil dan sesiapa sahaja yang inginkan kesihatan yang OPTIMA. Ia juga disyorkan untuk rawatan penyembuhan sebarang jenis penyakit.
SECRET HONEY GENIEUS dengan pelbagai khasiat, MADU cecair ajaib yang mempunyai 3 sifat unggul iaitu PENYEMBUHAN, KEMANISAN dan KELEMBUTAN. Mempunyai kemampuan untuk meningkatkan kesihatan, menyegarkan tubuh, mengeluarkan racun, membunuh kuman dan menyembuhkan penyakit.
Madu : Merupakan makanan yang disukai oleh buah pinggang dan hati. Ianya dapat memperbaiki peredaran darah seterusnya membekalkan oksigen yang cukup kepada otak. Madu mengandungi zat ferment, vitamin, mineral, asid amino, hormon, zat bakterisidal dan bahan-bahan aromatic.
Bee Pollen : Merupakan makanan anak lebah dan juga dalam proses lebah memproses madu. Ia mengandungi Slenium sebagai Antioksida, Asid glutamik untuk kecerdasan otak, membantu system penghadaman dan masalah Anemia serta dapat mengurangkan masalah elergi.
Ganoderma : Dikenali sebagai Raja Herba yang Ajaib. Dikesan mempunyai nilai perubatan yang tinggi sejak lebih 2000 tahun yang lampau di Negara China. Kaya dengan Organik Germanium dan berbagai zat pemakanan yang amat diperlukan oleh tubuh manusia.
Propolis : Sejenis resin yang dikutip oleh lebah dari pokok yang digunakan untuk melindungi sarang lebah dan mengandungi antibiotic semulajadi. Ia bersifat antibakteria, membantu penyembuhan pelbagai penyakit, mengandungi BiaFlavonoids yang bersifat Antioksidan.
Habatussauda : Sabda Rasulullah saw. “Tetapkanlah kamu dengan Al-Habatussauda kerana ia adalah UBAT bagi segala penyakit kecuali mati”.
Zanjabeela : ALLAH swt. berfirman, “Dan di dalam syurga itu mereka diberi segelas minuman yang campurannya adalah Zanjabeela”.
Zafaran : Umumnya adalah perangsang terbaik, digunakan untuk memperbaiki daya ingatan, memberi oksigen kepada otak. Di dalam perubatan ISLAM diterangkan kegunaan dan kelebihan zafaran pada menjana otak dan memperbaiki minda.
ATURAN PENGGUNAAN (Gunakan Sudu Plastik) :
Penjagaan kesihatan & kecerdasan minda - 1 sudu teh 1@2 kali sehari.
Rawatan penyakit - 1 sudu teh 2 @ 3 kali sehari (Kurang kan DOS jika berlaku tindakbalas penyembuhan yang kuat).
Kanak-kanak 7 tahun kebawah - 1/2 sudu teh sekali sehari.

Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dari 'Aisyah radhiyallahu 'anha bahwa beliau pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya :
“Sesungguhnya di dalam Habbatus Sauda' terkandung penyembuh untuk segala penyakit, kecuali As-Sam. Aku bertanya, Apakah As-Sam itu? Beliau menjawab, Maut.” (Sahih Bukhari 5687)

Apakah Itu HABATUSAUDA’?
Habatusauda' (Nigella Sativa) adalah tanaman yang memiliki banyak sekali manfaat untuk menjaga kesihatan dan menyembuhkan berbagai penyakit. Kadangkala ia digelar sebagai "Bijirin Hitam" atau "Jintan Hitam".
Menurut sejarah tanaman herbal ini berasal dari Mediterranean (terutama Mesir) dan sekarang telah tersebar ke banyak wilayah dunia seperti di jazirah Arab (Yaman, Saudi Arabia), Syria, Iraq, sebagian Asia Tengah (India, Pakistan), negara-negara Laut Tengah (Yunani, Cyprus) dan Amerika.
Pakar perubatan di masa kini telah banyak yang mengakui kehebatan khasiat Habatusauda'. Dr. Stanley Kopok (USA) berkata: “Habatusauda' memiliki peranan sangat penting untuk mencegah tumor dan dalam jangka waktu lama memperkuat sistem kekebalan tubuh”. Sementara Dr. Tajul Aris Yang (Malaysia) mengatakan bahwa Omega yang terkandung dalam Habbtusauda' lebih besar 10 kali ganda dari DHA dan EPA.
KELEBIHAN MUSLIM SAWDA :

  • MUDAH digunakan, hanya disembur ke dalam mulut tanpa menggunakan sudu (Anggaran 200 Semburan).
  • Berkesan Untuk Meningkatkan Keupayaan TENAGA BATIN & Masalah Mati Pucuk.
  • Baik Untuk Merawat BATUK, SELSEMA, ASMA & ALERGIK.
  • 100% Minyak ASLI dari ARAB SAUDI & Tiada Kesan Sampingan.
  • BEBAS Dari Bahan Kimia & Pengawet.

KHASIAT & KEAJAIBAN HABATUSAUDA' :

  • Amalan Berterusan Boleh Menjadikan Penawar Penyakit Kronik.
  • Amat Berfaedah Dalam Membuang Lendir Serta Gelema Dan Mengeluarkan Angin.
  • Dicampur Dengan Madu Lebah Serta Diminum Dengan Air Panas Akan Mencairkan Batu Karang, Melancarkan Air Kencing Dan Haid.
  • Mencegah Masalah Keguguran Rambut Dan Mengurangkan Pertumbuhan Uban.
  • Mengurangkan Paras Kandungan Gula Dalam Darah.
  • Mengurangkan Masalah Jerawat Dan Penyakit Kulit.
  • Mengatasi Sembelit Dan Juga Masalah Keputihan.
  • Meningkatkan Antibodi/sistem Pertahanan Badan.
  • Mengatasi Masalah Gangguan Tidur Dan Stress.
  • Mengeratkan Lagi Hubungan Intim Suami Isteri.
  • Mengurangkan Tahap Kandungan Kolestrol.
  • Meningkatkan Kadar Metabolisma Tubuh.
  • Meneutralkan Kandungan Asid Gastrik.
  • Menyahtoksid Dalam Tubuh Badan.
  • Mencegah Penyakit Radang.
  • Mengurangkan Migrain.
     

MUSLIM ROSELLE – Minuman Kesihatan Seisi Keluarga
Tumbuhan Roselle atau Rosella dikenali dengan nama saintifik Hisbiscus Sabdariffa L, merupakan tumbuhan yang memiliki banyak manfaat. Roselle amat berkhasiat yang digunapakai oleh para pengamal herba untuk menyembuhkan berbagai penyakit serta menambah ketahanan dari penyakit, selain itu juga mempunyai berjuta kegunaan.
Kelebihan utama tanaman Roselle ini yang juga dikenali tumbuhan ajaib ialah kepelbagaian kegunaannya daripada daun, buah hinggalah kepada batangnya.
Di mata dunia, Roselle adalah permaisuri segala bunga. Bunga ini mengandungi khasiat yang banyak dan kegunaan yang pelbagai. Roselle kaya dengan vitamin A dan C, mineral (potasium dan kalsium) serta membantu peredaran darah dengan baik, mengurangkan tekanan darah tinggi, sumber awet muda dan sebagainya.
KAJIAN SAINTIFIK :

  • Mampu menurunkan kandungan kolesterol dalam darah.
  • Meningkatkan kesihatan jantung serta melindungi daripada sebarang serangan penyakit kardiovaskular dan darah tinggi.
  • Unsur antioksida yang aktif, sekiranya diambil secara berterusan, ia dapat merangsang dan melancarkan air kencing dan menurunkan tekanan darah.
  • Membantu proses metabolisme biasa dalam badan manusia serta proses pengoksidaan enzim dalam hati yang bertindak melindungi tisu-tisu hati dan jantung.
  • Mengandung vitamin C kadar tinggi yang berfungsi untuk meningkatkan daya tahan tubuh manusia terhadap serangan penyakit.
  • Mengandungan kalsium kadar tinggi yang dapat mengurangi risiko osteoporosis dan membantu pertumbuhan tulang.

KELEBIHAN KORDIAL ROSELLE MUSLIM CHOICETM :

  • Aromanya yang unik dan rasanya segar asam manis.
  • Dihasilkan secara alami tanpa penambahan pewarna tiruan sehingga banyak digemari pengguna yang pentingkan kesihatan.
  • Disediakan dari buah-buah Roselle tempatan yang bermutu tinggi.
  • Pekat, Nisbah 1:7 bahagian Air dan lebih nilai untuk wang anda.
  • Tak Perlu ditambah gula, hanya dicampurkan air dan ais batu. Enak disediakan sejuk.

MUSLIM KOKURMA – Minuman Berkhasiat Tinggi. Serbuk Minuman KOKO Pracampur dengan TAMAR dan HABATUSAUDA
Nabi s.a.w. telah bersabda: Sesiapa yang memakan tujuh biji buah tamar Ajwah setiap pagi, racun dan masalah susah tidur tidak akan memudaratkannya pada hari itu. (Bukhari-Muslim)
Buah kurma atau dalam bahasa Arab, TAMAR adalah dari jenis palm seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang.
KAJIAN SAINTIFIK TAMAR :
Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.
Kandungan gulanya 50 hingga 57 % adalah glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap badan adalah serta merta.
Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolestrol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi.
Melalui petua tertentu, Kurma dikatakan menambah tenaga batin.
KAJIAN SAINTIFIK KHASIAT KOKO :
Koko menyumbang kepada pemakanan yang seimbang. Kandungan lemak dalam koko bererti minuman koko dapat menyumbang lebih tenaga berbanding dengan minuman kopi atau teh.
Koko apabila dicampurkan dengan susu dan gula akan menjadi minuman yang berkhasiat dan theobromine dan kafein (masing-masing lebih kurang 2 peratus dan 0.1 peratus dalam serbuk koko) pula bertindak sebagai perangsang selain sebagai minuman panas. Pernah dinyatakan bahawa penghadaman susu bertambah baik dengan adanya koko yang bertindak membantu mengubah pembentukan susu beku di dalam perut.
Kesan antioksida polyphenols dalam koko : Khasiat biji koko terhadap kesihatan adalah diperolehi daripada kandungan polyphenols yang tinggi seperti flavanoids. Kandungan yang paling penting didapati dari koko adalah flavan-3-ols atau lebih dikenali sebagai catechin. Flavanoids adalah merupakan kumpulan kandungan kimia yang memberikan tindakan antioksida yang kuat.
Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan : Daripada kajian terhadap tikus, menunjukkan bahawa antioksida yang mengalir semasa dalam keadaan tertekan dan senaman mempunyai kesan yang baik terhadap stamina. Kajian di Jepun menunjukkan bahawa polyphenols dapat menghalang perubahan sikap emosi di bawah tekanan fizikal dan berupaya mengurangkan tekanan.
Koko melambatkan proses penuaan : Penuaan adalah salah satu proses ynag mengakibatkan kerosakan radikal. Sehubungan itu, pemakanan yang kaya dengan antioksida memainkan peranan dalam melambatkan proses penuaan. Kajian mengenai proses penuaan telah dijalankan secara meluas di mana jangkamasa hayat bagi manusia yang sihat boleh dilanjutkan selama 5 hingga 10 tahun dengan mengamalkan pemakanan seimbang yang kaya dengan antioksida. Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Epidemiotologi dari Harvard School of Public Health di Boston U.S.A mendapati bahawa penggemar coklat menikmati purata tambahan umur sebanyak 0.95 tahun berbanding bukan penggemar coklat. Ini menunjukkan wujudnya polyphenol sebagai antioksida dalam coklat.
Diriwayatkan oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, tamar mengandungi ubat. "Jika sesiapa yang selalu makan tamar akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan."

KELEBIHAN MINUMAN KOKO MUSLIM KoKURMA :

  • Diadun dengan Serbuk Koko TULEN yang bermutu tinggi.
  • Diberkati dengan Bacaan TUJUH (7) Surah-surah Pilihan.
  • Diperkaya dengan Khasiat Buah Tamar yang HEBAT.
  • Ditambah pula kelebihan HABATUSAUDA yang AJAIB..
  • Suci, Bersih lagi HALAL.
  • ENAK lagi LAZAT, baik disediakan panas mahu pun sejuk.
  • 5 DALAM 1