HIMPUNAN TESTIMONI OLEH Pn. ZALEHA BT MOHAMAD, PENGEDAR UTAMA NEGERI SEMBILAN.

29/04/2012 11:17

TESTIMONI 1 : (Pn. Izuni Ismail/Anaknya Zalsahmi Mohd. Zahari)
Pada 2010 anak saya menghidap sejenis penyakit yang kami anggap penyakit ini kudis biasa sahaja. Dari sebesar 10 sen sampailah sebesar 50 sen kudisnya.
Beberapa minggu kemudian, kudisnya semakin besar dan berair. Selepas mendapat rawatan doktor yang mengatakan bahawa anak saya menghidap penyakit “Atopik Ekzema” iaitu suatu penyakit alahan pada kulit.
Selepas ambil ubat dan antibiotik, tiada apa perubahan, kudisnya semakin membesar dan melarat seluruh badan sehinggakan dia tidak selesa belajar dan bergaul dengan kawan-kawan menyebabkan dia merasa rendah diri.
Kami merujuk kepada pakar perubatan kulit di Seremban. Doktor ini juga memberitahu penyakit yang sama “Atopik Ekzema” - alahan makanan laut dan mesti menjaga kebersihan. Selepas menerima rawatan dan mengambil ubat dari doktor pakar tadi, hanya baik selama sebulan. Kemudian penyakit itu datang lagi, lalu kami mengambil keputusan untuk berubat cara kampung. Selepas setahun lebih anak saya menanggung penderitaan ini dan kami hampir putus asa.
Pada awal 2011 penyakitnya masih tidak pulih, kami sangat bimbang dan risau sebab anak saya bakal menduduki peperiksaan UPSR. Berdoa dan menghadap Allah saja yang saya mampu setakat itu. Sehinggalah datang seorang hamba Allah - Kak Zaleha, ibu kepada kawan anak saya di sekolah yang sama yang prihatin mengesyorkan untuk memakan sejenis madu “Secret Honey Genieus”.
Setelah anak saya makan pada pagi dan malam setiap hari, barulah ada perubahan pada kudis anak saya, perlahan demi perlahan kudisnya kering. Bukan setakat itu saja, minda dan kecerdasan fizikalnya, dia menjadi bersemangat/bertenaga bila belajar dan tiada masalah mengantuk dan rasa lemah.
Saya amat bersyukur kepada Allah yang menggerakkan hati Kak Zaleha membantu kami. Alhamdulillah kudis anak saya bertambah baik. Walaupun kehabisan madu itu, anak saya cuma perlu menjaga permakanan dan kebersihan saja. Tidak seperti dulu lagi yang sentiasa berbalut kakinya ke sekolah dan ketika bermain.
Alhamdulillah, terima kasih kepada Kak Zaleha dan keluarganya yang mencadangkan SHG yang telah beri semangat baru dalam hidup anak saya sehingga berjaya mencapai  5A dalam  UPSR tahun 2011.

TESTIMONI 2 : Jiran saya baru keluar hospital kerana sakit jantung dan 2 minggu akan datang akan masuk hospital lagi untuk pembedahan batu karang di dalam hempedu. Untuk jantung beliau membeli roselle spt disaran doktor dan saya menyarankan beliau untuk meminum SECRET HONEY GENIEUS untuk batu karang kerana tempoh 2 minggu masih sempat untuk mencuba SECRET HONEY GENIEUS dengan syarat mesti diminum 2 kali sehari tanpa henti sehingga tiba hari pembedahan. 2 minggu kemudian pada hari yang sepatutnya beliau menjalani pembedahan, beliau muncul di rumah saya kerana pembedahan telah dibatalkan. Beliau bercerita bagaimana doktor mengambil masa 2 jam melakukan imbasan (scan) hempedunya gara gara tiada batu karang ditemui. Sehingga sekarang alhamdulillah hempedu beliau selamat tanpa perlu dibedah.

TESTIMONI 3 : Selesai siaran penerangan oleh En. Moha (Pengurus Pemasaran Kanan MUSLIM CHOICE) di radio ikim, saya didatangi seseorang, membeli SECRET HONEY GENIEUS untuk ibunya yang mengidap batu karang dalam hempedu dan dijadual menjalani pembedahan dengan kos RM13,000.00. Adik beradik terpaksa dipanggil berkumpul dan berbincang untuk mengumpul duit bagi membayar kos pembedahan. Menyedari harapan beliau yang amat sangat terhadap SECRET HONEY GENIEUS ni, ada sedikit kegusaran di hati saya kerana setiap orang yang dalam keadaan kecemasan akan mengharapkan sesuatu yang akan memberikan hasil sepantas mungkin dan masalah mereka akan segera selesai dalam masa singkat. Saya berterus terang dengan kakak tadi, SECRET HONEY GENIEUS ni memang mujarab tetapi tahap keberkesanannya ke atas badan adalah berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain, dengan pengambilan yang berterusan, mungkin dengan hanya 1 botol, mungkin juga lebih dari 1 botol, insyaallah hancur batu karang tadi. Beberapa bulan beliau berulang ulang membeli SECRET HONEY GENIEUS, dan dalam masa ini ibunya tidak lagi keletihan serta tidak sakit perut lagi, namun memandangkan appoinment dengan doktor masih belum sampai masanya maka beliau tidak berani mengesahkan samada masih ada atau tidak batu karang . Masuk botol ke 5 saya mendapat panggilan dari kakak tadi, beritanya 3 perkara:
• Doktor mengesahkan tiada lagi batu karang di temui, pembedahan dibatalkan.
• Mereka belum dapat mencari RM13,000.00.
• Kos SECRET HONEY GENIEUS RM300.00 menjadi penyelamat kewangan mereka adik beradik.

TESTIMONI 4 : Salah seorang agen Muslim Choice menjadikan amalan meminum SECRET HONEY GENIEUS untuk seisi keluarga. Mereka sihat semuanya. Suami kepada agen berkenaan tidak menghadapi sebarang penyakit. Walaubagaimanapun dek kerana masih baru dan agak kecil saiznya, beliau tidak pernah menyangka menghidap batu karang sehinggalah setelah meminum SECRET HONEY GENIEUS ni dalamasa yang agak singkat dan dengan izin ALLAH batu karang tadi terkeluar sendiri, barulah beliau sedar tentang batu karang di dalam pundi kencing. Alhamdulillah.

TESTIMONI 5 : Satu keadaan yang agak luarbiasa telah pelanggan saya lalui. Berusia dalam 70an. Terlantar di katil dalamasa yang agak lama dan amat amat sukar bergerak, beliau terpaksa memegang dinding untuk menampung badannya setiap kali ingin bergerak. Badan amat lemah dan menganggap ini adalah bebanan kepada anak anak dan dirinya sendiri kerana semasa sihat beliau seorang yang amat suka bekerja (kerja kampung) serta tidak boleh duduk diam. Dengan kantung kencing tergantung dipinggang kesan pembedahan tentunya amat menekan perasaannya. Anak perempuan beliau menceritakan kepada saya (saya sendiri tidak pernah berjumpa) setelah meminum SECRET HONEY GENIEUS selama 2 minggu (belum habis 1 botol), bagaimana terperanjatnya beliau kerana semasa tiba di rumah, ayahnya sedang menyangkul tanah. Tidak habis di situ, paling mengejutkan beliau mampu pulang ke kampungnya dan pulang kembali dalam keadaan sihat dengan menaiki keretapi tanpa pengetahuan anak-anaknya. Alhamdullilah

TESTIMONI 6 : Anak kepada kawan saya berusia 2 thn. Tanpa di ketahui puncanya tapi dipercayai digigit serangga bisa menyebabkan anak beliau bengkak bengkak di seluruh badan. Dek kerana panik dan hari telah larut malam beliau menyapu seluruh tempat bengkak dengan SECRET HONEY GENIEUS dan bertawakkal. Alhamdulillah bengkaknya beransur hilang tanpa tinggalkan sebarang kesan.