FAQ

APAKAH ITU KONSEP PERNIAGAAN MUSLIM CHOICE?

Perniagaan ini ditubuhkan adalah berteraskan “General Trading”. Bukan MLM atau Jualan Lansung. Tiada yuran keahlian dikenakan. Kami cuba menumpukan kepada rangkaian produk yang bukan sahaja HALAL tetapi dihasilkan oleh orang-orang MUSLIM yang soleh tanpa mengira bangsa.
Produk-produk kami diedarkan melalui rangkaian pengedar sedemikian rupa supaya dapat menjaminkan keberkatan produk yang di doakan dengan DOA-DOA MUSTAJAB, menghindari dari dilangkah, mengelakkan ‘cetak rompak’ dan memberikan peluang kepada pengedar-pengedar MUSLIM yang kebanyakannya tidak bermodal besar untuk berniaga. Biarpun terpaksa menghadapi risiko produk sukar diperolehi di pasaran oleh rakan pengguna di luar sana.
Kami juga TIDAK berhasrat untuk mengedar produk-produk kami melalui rangkaian Pasaraya Besar yang tersohor di seluruh negara memandangkan ianya akan membangkitkan konflik perniagaan yang tidak sihat disamping banyak birokerasi yang merugikan pengedar.

ASSALAMUALAIKUM WBT. SAYA TELAH MENCUBA/GUNA PRODUK MUSLIM KOKURMA DAN KORDIAL ROSELLE KELUARAN EMSEA MARKETING SDN. BHD. ALHAMDULLILLAH ANAK-ANAK MENGEMARINYA. SAYA BERMINAT INGIN MENJADI PENGEDAR MUSLIM CHOICE. BAGAIMANA CARANYA?

MUDAH SAJA. Daftar dengan menaip PENGEDAR dan diikuti Nama dan Alamat surat menyurat lengkap. Hantar ke talian 013-430 7373. Anda akan dihubungi oleh Pegawai Pemasaran kami.

BAGAIMANAKAH PULA KAEDAH PEMBELIAN, PENGHANTARAN SERTA KEUNTUNGANNYA?

Setelah melalui proses di atas, anda boleh membuat Pembelian mengikut PAKEJ yang ditawarkan (PENGEDAR, BORONG @ PUKAL) dalam satu resit dengan kaedah deposit ke dalam akaun syarikat.
Penghantaran setiap kali produk-produk kami adalah PERCUMA dengan syarat menepati Kuantiti Pesanan Minima mengikut jenis produk yang telah di sepakati oleh pihak syarikat.
Manakala keuntungan yang diberikan pula adalah dari 15 hingga 42 peratus mengikut jenis produk.

ADAKAH ORANG YANG HAMIL BOLEH MENGAMBIL DAN MENGAMALKAN PRODUK SECRET HONEY GENIEUS?

INSYA ALLAH…BOLEH. Pastikan kandungan janinnya telah berusia 4 Bulan keatas. Amalan pengambilan Secret Honey Genieus dapat mengelakkan kekejangan kaki semasa hamil.

Selepas melahirkan anak, ianya lebih digalakkan pengambilan Secret Honey Genieus kerana InsyaAllah menambahkan subur penghasilan susu badan dan baik untuk mengembalikan tenaga yang hilang selepas bersalin disamping dapat memulihkan organ-organ sistem peranakan.

Bayi pula, InsyaAllah ketika dilahirkan dalam keadaan sihat, bebas penyakit kuning, aktif dan cerdik. Imun badan lebih tinggi untuk menghindari sebarang serangan penyakit pada ketika itu.